Malaysia

Petronas bukan “tabung kerajaan”, tak boleh jadi penyelamat subsidi – Zafrul

Keuntungan Petronas tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk menampung subsidi kerana syarikat itu beroperasi secara komersial, dengan komitmen kos, hutang dan pelaburan.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, daripada hasil RM266 bilion dan keuntungan RM45.4 bilion pada 2025, sebahagian besar perlu digunakan untuk operasi dan tanggungjawab kewangan syarikat, bukan dianggap sebagai dana bebas kerajaan.

Menurutnya, kerajaan hanya menerima sebahagian melalui dividen, termasuk RM20 bilion bagi 2026, manakala keseluruhan sumbangan Petronas sejak 1974 mencecah kira-kira RM1.5 trilion.

Dalam masa sama, kos subsidi negara dianggarkan sekitar RM4 bilion sebulan atau RM48 bilion setahun, jauh melebihi tambahan hasil minyak sekitar RM10 hingga RM14 bilion.

Beliau menegaskan isu utama bukan keuntungan Petronas, tetapi bagaimana hasil negara diurus secara mampan bagi menampung keperluan semasa tanpa menjejaskan masa depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker