
Penyanyi popular, Justin Bieber mencuri perhatian di pentas utama Coachella 2026 apabila membuat persembahan penuh nostalgia yang mengimbau perjalanan awal kariernya sebagai bintang pop global.
Dalam set lebih kurang 90 minit itu, Justin membawakan gabungan lagu-lagu baharu daripada album Swag dan Swag II, sebelum beralih kepada segmen ‘throwback’ yang mengangkat semula era awalnya seperti Baby, Sorry, Never Say Never dan That Should Be Me.
Persembahan itu menjadi lebih unik apabila Justin turut menggunakan visual dan rakaman YouTube miliknya.
Kemunculan Justin di Coachella kali ini dianggap sebagai kemunculan semula besar selepas beberapa tahun kurang aktif membuat persembahan berskala besar.




