Dunia

Budak 9 tahun dikurung dalam van sejak 2024, ditemui nyawa-nyawa ikan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai dikurung di dalam sebuah van di wilayah Alsace, Perancis sejak tahun 2024.

Mangsa ditemui pada Sabtu lepas oleh pihak berkuasa selepas serbuan dilakukan hasil maklumat awam.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu berada dalam keadaan sangat lemah, kebuluran dan tidak berpakaian, malah tinggal dalam ruang sempit tanpa kemudahan asas.

Mangsa juga dilaporkan tidak mandi sejak penghujung tahun 2024.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dikurung oleh bapanya sendiri, yang kini telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini ditempatkan di bawah jagaan pihak berkuasa dan sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker