KPN lancar kempen ‘Jom Baca 10 Minit’, sasar jadikan membaca amalan harian

Kempen Jom Baca 10 Minit bakal dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Tahun ini, kempen tersebut membawa tema “Membaca Membina Bangsa” dengan fokus membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, inisiatif ini bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan membaca sebagai amalan harian. Walaupun hanya 10 minit sehari, beliau menegaskan tabiat kecil ini mampu memberi impak besar dalam membentuk masyarakat berilmu dan berfikiran kritis.
Kempen ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pembaca menjelang tahun 2030.
Sehubungan itu, semua pihak termasuk penjawat awam, NGO, pelajar, mahasiswa, golongan belia serta sektor swasta dan korporat diseru untuk turut serta dan menjadikan membaca sebagai rutin harian.




