Malaysia

Rumah wartawan Malaysiakini diserbu, isu sistem ambilan pekerja asing cetus siasatan

Seorang wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar, dipanggil memberi keterangan oleh polis selepas rumahnya di Seri Serdang, Selangor diserbu pada jam 2.30 petang dalam satu operasi berkaitan laporan mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing.

Menurut Nantha, beliau sebelum itu menerima waran geledah yang menyatakan polis mengesyaki premis tersebut menyimpan dokumen rasmi, termasuk memorandum Jemaah Menteri berkaitan cadangan sistem digital “The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap)” bagi pengambilan pekerja asing ke Malaysia.

Difahamkan, laporan polis dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia susulan artikel berkenaan, selepas pihak kementerian gagal memberikan maklum balas terhadap permintaan komen sebelum penerbitan laporan tersebut.

Mengulas tindakan serbuan itu, editor eksekutif Malaysiakini, RK Anand menyifatkannya sebagai satu bentuk intimidasi terhadap wartawan yang menjalankan tugas melaporkan isu berkepentingan awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker