Ungkapan ‘keno bbodo’ ada unsur hina dan perli polis – Pakar bahasa

Seorang pakar bahasa menegaskan bahawa penjelasan yang diberikan oleh seorang wakil rakyat berhubung maksud istilah dialek Kelantan “keno bbodo” yang ditujukan kepada polis pada Sabtu lalu adalah tidak tepat.
Menurut Prof Emeritus Teo Kok Seong, Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, ungkapan tersebut sebenarnya membawa maksud “dibuat bodoh” dalam bahasa Melayu standard.
Beliau menjelaskan, berdasarkan konteks kenyataan yang dibuat, ia merujuk kepada situasi di mana walaupun pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan tujuh sekatan jalan raya, individu terbabit masih berjaya melepasi semuanya.
Justeru, beliau berpendapat penggunaan ungkapan itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa pihak berkuasa “dipermainkan” atau “dibuat bodoh” oleh pihak yang terlibat.




