Malaysia

Inkues Zara Qairina bersambung hari ini

Inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Isnin di Mahkamah Koroner, dengan prosiding mendengar keterangan saksi ke-70 iaitu seorang juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saksi berkenaan, Asisten Superintenden Mohd Zaidi Abu Hassan, 40, sebelum ini telah memulakan keterangannya pada prosiding April lalu.

Dalam prosiding terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sebanyak 15 telefon bimbit untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham, Noraidah Lamat memaklumkan bahawa enam saksi pakar akan dipanggil dalam prosiding yang dijadualkan bersambung bulan ini dan Jun depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker