Malaysia
Kad rawatan bahasa cina tersalah diberi kepada pesakit – Jabatan Kesihatan KL

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengesahkan kad rawatan berbahasa Cina yang tular di media sosial diberikan secara tidak sengaja kepada seorang pesakit di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur pada 19 Mei.
Menurut jabatan itu, pegawai perubatan sudah memberi penerangan secara lisan kepada pesakit, manakala rekod rawatan tetap dicatat seperti biasa.
Kad tersebut dipercayai tertukar ketika urusan pengendalian dokumen di klinik berkenaan.
Pihak jabatan menjelaskan penggunaan kad dalam pelbagai bahasa dibuat bagi membantu pesakit yang kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris, khususnya warga emas.




