Malaysia

Ancaman bom di bangunan terkenal KL rupanya palsu

Suasana cemas tercetus di sebuah bangunan terkenal di ibu negara selepas polis menerima laporan ancaman bom sekitar jam 9.09 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Hoo Chang Hook berkata, laporan itu dibuat oleh seorang pengawal keselamatan bangunan terbabit selepas menerima e-mel mencurigakan yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan bangunan tersebut.

Menurut beliau, individu itu mendakwa bom diletakkan di tingkat 23 menara utara bangunan tersebut, menyebabkan Unit Pemusnah Bom, Unit K9 dan Unit Forensik segera dikerahkan ke lokasi untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati ancaman tersebut hanyalah satu laporan palsu dan tiada sebarang bahan letupan ditemui di lokasi kejadian.

Polis mengesahkan keadaan kembali selamat selepas operasi pemeriksaan selesai dijalankan pada malam yang sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker