Malaysia

RM80,000 lesap demi ‘modal perniagaan’, pempengaruh mengaku tidak bersalah

Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000 bagi tujuan kononnya dijadikan modal perniagaan kosmetik.

Tertuduh, Mikhail Isaaq Mohd Rodzi, 31, didakwa menipu Tan Mei Lan, 58, dengan menawarkan peluang untuk menjadi rakan kongsi dalam Syarikat Two M Legacy.

Selain itu, dia turut menjanjikan mangsa gaji bulanan RM10,000 serta imbuhan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan syarikat setiap bulan.

Mengikut pertuduhan, Mikhail didakwa memperdayakan mangsa sehingga menyerahkan wang berjumlah RM80,000 dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada 21 Mei 2025 di Bank Muamalat, Presint 15, Putrajaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker