Malaysia
Solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang bermula esok

Solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang akan mula dilaksanakan bermula esok, 20 Jun, bagi memudahkan umat Islam di kawasan tumpuan bandar itu menunaikan ibadah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, inisiatif ini adalah usaha memperluaskan kemudahan ruang solat di kawasan bandar yang sibuk seperti Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Outreach Oasis akan dijadikan pusat solat sementara sambil perancangan penambahbaikan kemudahan ibadah diteruskan di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan ini dijangka memudahkan pekerja, pelancong dan orang awam yang berada di sekitar Bukit Bintang untuk menunaikan solat Jumaat dengan lebih mudah dan selesa




