Malaysia

Lelaki dipenjara 33 tahun kerana merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap cucu perempuannya.

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas didapati bersalah merogol serta melakukan penderaan seksual terhadap dua cucu perempuannya berusia 12 dan sembilan tahun pada tahun lalu.

Menurut laporan, Hakim Khairi Haron menjatuhkan hukuman tersebut selepas lelaki berusia 67 tahun itu mengaku bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama dan keempat, lelaki yang juga bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap cucu perempuannya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh tahanan serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker