Dunia
Gempa bumi 6.1 magnitud gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 menggegarkan kawasan timur laut Jepun pada awal pagi Ahad, namun pihak berkuasa mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa berlaku awal pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di luar pesisir Wilayah Iwate pada kedalaman sekitar 40 kilometer. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran termasuk Wilayah Aomori.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan besar diterima.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan gempa susulan masih boleh berlaku dan orang ramai diminta terus berwaspada.




