Malaysia
Puad tempelak sindiran pemimpin Umno supaya sertai DAP

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas sindiran bekas rakan seperjuangannya yang mencadangkan beliau menyertai DAP susulan penglibatannya berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor.
Puad berkata kenyataan itu mencerminkan pemikiran sempit segelintir pemimpin Umno yang masih menggunakan naratif lama dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP bagi meraih sokongan Melayu.
Beliau turut mempertahankan kehadirannya di pentas ceramah PH dengan menjelaskan bahawa PH dan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, justeru tiada salahnya beliau hadir sebagai penyokong.




