Hiburan

Sudah terlambat” – Yusof Haslam gugurkan pelakon Gerak Khas 2.0 terlibat dadah

Datuk Yusof Haslam mengambil tindakan menggugurkan seorang pelakon wanita yang memegang watak inspektor dalam drama Gerak Khas 2.0 selepas pelakon itu ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dan didapati positif tiga jenis dadah.

Menurut Yusof, penggambaran drama 26 episod itu sudah hampir selesai dengan baki kira-kira dua minggu sahaja. Namun, semua babak melibatkan pelakon terbabit dibatalkan bagi menjaga imej produksi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Yusof berkata, beliau sudah memberi amaran sebelum ini tetapi tidak diendahkan. Tegasnya, keputusan menggugurkan pelakon berkenaan adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk rayuan.

Drama Gerak Khas 2.0 mula ditayangkan pada 3 Julai menerusi TVS dan dibintangi antaranya Datuk Hans Isaac, Erra Fazira, C. Kumaresan serta Salina Saibi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker