Dunia

kenaikan 25% yuran visa di Australia, pelajar ASEAN dikecualikan

Australia mengecualikan pelajar dari negara ASEAN daripada kenaikan 25 peratus yuran visa pelajar antarabangsa sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan rantau Asia Tenggara.

Menteri Pembantu Pendidikan Antarabangsa Australia, Julian Hill berkata, pelajar ASEAN hanya dikenakan kenaikan kecil sebanyak AUD50, menjadikan yuran visa pelajar meningkat kepada AUD2,050 berbanding AUD2,500 yang dikenakan kepada kebanyakan pelajar antarabangsa lain.

Menurut beliau, kadar khas itu mencerminkan kepentingan Australia dalam menarik pelajar berkualiti dari Asia Tenggara serta mengukuhkan hubungan serantau melalui pendidikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker