Malaysia

Ahli Akademik gesa Ronnie Liu tarik balik kenyataan isu asal usul Melayu

Seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tampil membidas kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berhubung asal usul Melayu yang mencetuskan perdebatan.

Ronnie sebelum ini mendakwa hanya Orang Asli merupakan penduduk asal tanah ini, manakala kaum lain termasuk Melayu berasal dari luar. Kenyataan itu kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai mengelirukan serta tidak mengambil kira kajian sejarah dan perkembangan masyarakat di Tanah Melayu.

Menurut Prof Madya tersebut, pandangan mengenai asal usul sesuatu kaum perlu dibuat berdasarkan fakta sejarah, penyelidikan akademik dan bukti ilmiah, bukannya berdasarkan tafsiran peribadi.

Beliau turut menggesa Ronnie supaya menarik balik kenyataan tersebut kerana dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker