Malaysia

Bekas CEO, CFO dicekup SPRM, kes beli saham RM370 juta terbongkar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Kedua-dua suspek berusia 68 dan 60 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada jam 6.30 petang, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan pada malam yang sama atas faktor kesihatan. Mereka dijadual hadir semula ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi hari ini bagi menyambung rakaman percakapan.

Siasatan dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahgunakan jawatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker