Malaysia

Permintaan dadah Eropah punca penyeludupan melalui KLIA meningkat

Aktiviti penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang meningkat susulan permintaan tinggi terutama dari pasaran Eropah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 108 kes direkodkan dari Januari hingga Julai, meningkat berbanding 54 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Jumlah rampasan turut melonjak enam kali ganda kepada 1.35 tan bernilai RM108.35 juta, berbanding 235.36 kilogram bernilai RM18.46 juta pada 2025. Seramai 121 individu turut ditahan setakat ini.

Menurut polis, kira-kira 80 peratus dadah yang diseludup dipercayai untuk pasaran luar negara.

JSJN kini memperketat kawalan di KLIA bersama pihak berkaitan bagi membanteras kegiatan sindiket.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker