Hiburan

Irumbuth Thottam sedia gegar pawagam, tampilkan aksi thriller Tamil tempatan

Filem aksi thriller tempatan, Irumbuth Thottam (Ladang Besi) mengadakan tayangan perdana atau premiere gala di pawagam TGV Pavilion, Bukit Jalil semalam dengan kehadiran barisan pelakon, kru produksi, pengamal media, selebriti serta tetamu jemputan.

Filem arahan Jaydev Jayakumar itu menampilkan Irfan Zaini, Logavarman Strideran, Marie Dashani Matthews, Mohana Raj dan Dhurgaashini S. Vijayan sebagai pelakon utama.

Turut membintangi filem ini ialah Vino Shan, Dato Geethanjali G., Adli Hafidz, Balan Kash serta Kalaimamani K.S. Maniam bersama beberapa pelakon lain.

Filem tersebut mengangkat genre aksi thriller dan bakal ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker