Malaysia

Undi online? SPR tak tolak kemungkinan untuk masa depan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan proses pilihan raya di Malaysia dilaksanakan secara dalam talian pada masa depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata perkara itu boleh dipertimbangkan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan sistem pilihan raya negara.

Bagaimanapun, pelaksanaannya bukan sesuatu yang boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana sistem pengundian dalam talian perlu mengambil kira aspek keselamatan, ketelusan dan kepercayaan pengundi.

Ketika ini, proses pengundian masih dilaksanakan secara fizikal di pusat mengundi.

Namun, beberapa urusan pilihan raya sudah menggunakan platform dalam talian, termasuk permohonan undi pos dan urusan berkaitan daftar pemilih menerusi sistem MySPR.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker