Malaysia

Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang, polis minta bantuan orang ramai

Dua pelajar perempuan Tingkatan Empat MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, kedua-duanya berusia 16 tahun, dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata laporan kehilangan dibuat oleh seorang guru pada jam 10.46 malam, 11 Ogos.

Siti Nur Aaira berasal dari Kajang, manakala Nur Aisy Humaira dari Rawang.

Kedua-duanya setinggi kira-kira 157 sentimeter dan seberat 50 kilogram. Siti kali terakhir dilihat berbaju hitam, manakala Nur Aisy memakai pakaian berwarna gelap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker