HiburanMalaysia

57 ditahan, hotel bajet di Seremban disyaki jadi lokasi pelacuran

Seramai 57 individu ditahan dalam serbuan di tiga lokasi di Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin, 24 Ogos, yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, 57 individu berusia 19 hingga 65 tahun ditahan, terdiri daripada 26 wanita Indonesia serta 31 lelaki dan wanita dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan India.

Menurut Zakaria, pemeriksaan turut membawa kepada rampasan beberapa pasport Bangladesh, India dan Indonesia, telefon bimbit, kunci premis serta kondom.

Premis berkenaan dipercayai dikendalikan rakyat Malaysia dan warga asing yang bertindak sebagai pengurus atau ‘captain’, dengan perkhidmatan seksual ditawarkan pada kadar RM50 untuk setiap sesi.

Menurut laporan, kegiatan itu dipercayai sudah beroperasi kira-kira setahun dan mampu menjana sekitar RM540,000 setahun.

Tujuh lelaki Malaysia disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala warga asing disiasat mengikut beberapa peruntukan akta sama dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker