Malaysia
Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing sungai ketika aktiviti melombong emas

Dua lelaki dilaporkan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing tanah setinggi kira-kira dua meter ketika dipercayai sedang menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli, Kelantan pada malam Rabu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim, kejadian berlaku sekitar jam 8.20 malam.
Seorang lagi individu yang turut berada di lokasi dilaporkan terselamat dalam insiden tersebut.
Operasi SAR bermula sekitar 9.20 malam. Mangsa pertama ditemui pada 9.25 malam dan mangsa kedua pada 11.18 malam.
Kedua-duanya lelaki tempatan lingkungan usia 30-an dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




