
Penyanyi Syasya Rizal, 25, meluahkan rasa kesal apabila keputusan untuk berhijab dipersoalkan selepas melancarkan single solo terbaharunya, ‘Different’.
Menerusi hantaran di social media, Syasya berkata keputusan itu dibuat selepas melalui proses yang panjang, termasuk doa dan usaha selama berbulan-bulan.
Dia turut meminta orang ramai supaya tidak memperkecilkan perjalanan seseorang dan tidak membuat andaian terhadap keputusan yang dibuatnya.




