Pendidikan Bumiputera perlu beralih daripada kuota kepada keupayaan diri – Zambry

Pendidikan Bumiputera perlu beralih daripada kuota kepada keupayaan diri – Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendidikan Bumiputera perlu beralih daripada bergantung kepada kuota kepada pembinaan keupayaan dan daya saing.
Beliau berkata kejayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah pelajar yang memasuki universiti sahaja, tetapi melalui penguasaan bidang seperti STEM, teknologi, harta intelek serta kemampuan membina syarikat global.
Ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026 di Kuala Lumpur, Zambry turut menegaskan TVET perlu dijadikan laluan utama pembangunan bakat dan bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua.
Katanya, dasar afirmatif masih diperlukan selagi wujud ketidakseimbangan struktur, namun matlamat akhirnya ialah melahirkan Bumiputera yang berdaya saing, berdikari dan mampu bersaing di peringkat global.




