Malaysia
Van rempuh treler, 9 termasuk kanak-kanak cedera

Sembilan individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas van Toyota Hiace merempuh bahagian belakang sebuah treler berhampiran stesen minyak di Lebuh Raya Kesas-Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu, manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, manakala enam lagi dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.



