Malaysia

Helikopter BO-105 diminta dihentikan sementara

Operasi semua helikopter model BO-105 yang digunakan dalam perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) diminta dihentikan sementara susulan nahas di Long Lellang, Sarawak pada 8 September.

Gesaan itu dibuat bagi memastikan keselamatan doktor, jururawat, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juruterbang serta penduduk pedalaman terjamin sementara siasatan dijalankan.

Gesaan itu dikemukakan Ahli Dewan Negara, Dr Lingeshwaran R. Arunasalam.

Beliau berkata kerajaan tetap bertanggungjawab memastikan pesawat yang digunakan syarikat swasta melalui kontrak kerajaan memenuhi piawaian keselamatan tertinggi.

Helikopter yang terlibat ialah BO-105 dengan pendaftaran 9M-LLF, dibina di Jerman sekitar 1991 dan pernah digunakan di Jerman, Amerika Syarikat serta Afrika Selatan sebelum beroperasi di Malaysia.

Punca sebenar nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker