Malaysia
Datang periksa rumah sewa, petani maut ditembak di Selangor

Seorang petani ditembak mati di hadapan sebuah rumah sewa di kawasan Teluk Bunut, malam kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa mengalami beberapa kesan tembakan dan disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11 malam.
Siasatan awal mendapati rumah itu disewa anak mangsa dan kini tidak berpenghuni. Mangsa dipercayai pergi ke rumah berkenaan untuk memeriksa keadaannya sebelum ditembak.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan belum menemui senjata api. Seorang lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di Banting dan direman dua hari, namun belum disahkan sebagai suspek utama.




