Malaysia
Kebakaran hutan hampir musnahkan rumah – Ben Amir

Pelakon Ben Amir berdepan detik cemas apabila kebakaran hutan di Pulau Siargao, Filipina, hampir merebak ke kediamannya semalam.
Ben, 36, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang berehat sebelum terhidu bau asap yang kuat. Angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas dan kawasan sekitar dipenuhi asap tebal.
Ben bersyukur kerana dia dan keluarganya selamat serta rumah tidak rosak, namun tanaman seperti mangga, avokado, jambu batu, pisang dan kelapa musnah dalam kebakaran itu.
Ben turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengawal kebakaran serta menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan.




