Malaysia

Kebakaran di Tambun, tiga sekeluarga maut dalam rumah

Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun, Ipoh, pada awal pagi 20 September.

Mangsa ialah Raja Ahmad Raja Ali, 70, Zaitun Mohamed, 64, dan cucu mereka, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18. Bedah siasat mendapati dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran, manakala seorang lagi akibat terhidu asap.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah, berkata kebakaran dipercayai berlaku kira-kira 3.50 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar 6 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Jenazah ketiga-tiga mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tambun, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker