Malaysia

Tendang muka murid, bekas guru KAFA didenda RM2,000

Bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku salah mencederakan murid Tahun Lima dengan menendang muka mangsa ketika dalam kelas, tahun lalu.

Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Mustakim, 33, yang mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan. Dia juga akan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Abdullah didakwa menendang muka kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menggunakan kaki kanan di dalam kelas sebuah sekolah.

Pendakwaan memohon hukuman setimpal atas kepentingan awam, manakala peguam YBGK memohon hukuman minimum kerana tertuduh sudah kehilangan pekerjaan sebagai guru KAFA dan kini bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000 sebulan serta menanggung isteri dan tiga anak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker