DuniaMalaysia

5 rakyat Malaysia ditahan di Jakarta, 5kg etomidate disorok dalam kasut

Lima rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas dipercayai menyeludup lima kilogram (kg) cecair etomidate yang disembunyikan dalam kasut.

Kesemua suspek tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia QZ201 pada Jumaat lalu. Pemeriksaan menemukan 10 bungkusan, masing-masing seberat kira-kira 500 gram, dalam kasut mereka.

Siasatan mendapati mereka menerima arahan ‘Madam’ menerusi Telegram untuk menghantar etomidate kepada lelaki warga China di sebuah hotel di Jakarta. Lelaki itu kemudian ditahan dan polis menemukan kunci sebuah apartmen yang membawa kepada makmal rahsia.

Polis merampas bahan dan peralatan bernilai kira-kira Rp127.5 bilion (RM33.8 juta), termasuk 21,000 pod vape kosong. Kesemua suspek disiasat mengikut undang-undang narkotik Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker