Malaysia

8 anggota polis ditahan dalam serbuan air ketum

Lapan anggota polis antara sembilan individu ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti air ketum di Jalan AU1, Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada Selasa, 29 September.

Serbuan pada kira-kira jam 8.45 malam itu dijalankan Cawangan Risikan dan Operasi JIPS Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan itu. Tujuh anggota bertugas di bawah IPD Sentul, manakala seorang lagi di IPD Brickfields.

Seorang awam turut ditahan dalam operasi itu. Kesemua sembilan suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Hulu Kelang dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker