Malaysia

Chean Chung letak jawatan, tak mahu ‘duduk senyap seperti tunggul’

Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta pada *hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima notis penggantungan keahlian PKR selama tiga tahun pada 30 September lalu.

Chean Chung berkata beliau tidak mahu terus menerima gaji sebagai Ahli Parlimen jika tidak dapat berbahas atau menyuarakan pendirian. Beliau turut mendakwa akses kepada peruntukan RM3 juta kawasan Petaling Jaya telah disekat.

Beliau juga mempersoalkan hala tuju Kerajaan Perpaduan dan beberapa isu berkaitan rasuah, reformasi institusi serta keputusan kes berprofil tinggi. Bagaimanapun, katanya, Pusat Khidmat Petaling Jaya akan terus beroperasi seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker