Malaysia

Lim Lip Eng persoal arahan larang Najib dedah syarat tahanan rumah

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, mengkritik Jabatan Penjara Malaysia kerana didakwa melarang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendedahkan syarat tahanan rumah yang dikenakan terhadapnya.

Lim berkata, rakyat berhak mengetahui syarat berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Beliau turut mempersoalkan peraturan berkaitan pelawat, penggunaan telefon dan media sosial serta pemantauan terhadap Najib.

Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker