Malaysia

Pemandu lori ditahan, 800 karton rokok seludup ditemui bawah bakul sayur

Seorang pemandu lori warga Malaysia berusia 33 tahun ditahan selepas lebih 800 karton rokok tidak bercukai ditemui sembunyikan di bawah bakul sayur di dalam lori yang dipandunya.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura berkata, kegiatan itu dikesan pada 8 Oktober lalu ketika lori berdaftar Malaysia tersebut melalui pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Hasil imbasan mendapati terdapat barangan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemukan rokok berkenaan yang disembunyikan dalam beg plastik putih di bawah bakul sayur.

Pemandu bersama rokok yang dirampas diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker