Malaysia
Anwar arah tindakan tegas tangani buli di sekolah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tegas terhadap kes buli di sekolah demi menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar.
Beliau menegaskan, isu buli dan penderaan membuktikan pentingnya pendidikan sahsiah, nilai hormat serta tanggungjawab sejak usia muda, selain kecemerlangan akademik.
Anwar turut menekankan peranan guru dan pendidikan agama dalam membentuk akhlak serta persekitaran sekolah yang selamat.
Dalam perkembangan lain, kerajaan berhasrat memperluas laluan pendidikan pelajar sekolah pondok hingga ke peringkat universiti tanpa mengabaikan asas pendidikan Islam.



