Anak angkat lahir di Malaysia boleh diiktiraf sebagai warganegara – Mahkamah

Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak diketahui identiti ibu bapa kandungnya berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Hakim, Datuk Moses Susayan berkata, kerajaan gagal membuktikan kanak-kanak itu mempunyai kewarganegaraan lain.
Beliau menegaskan kanak-kanak berkenaan tidak sepatutnya menanggung akibat maklumat palsu yang diberikan orang dewasa ketika pendaftaran kelahirannya.
Kes itu melibatkan pasangan ibu bapa angkat yang pada awalnya mendaftarkan kanak-kanak tersebut sebagai anak kandung sebelum JPN membatalkan nama mereka dalam rekod kelahiran.
Susulan itu, mahkamah mengarahkan JPN dan kerajaan membetulkan rekod kelahiran serta mengeluarkan sijil kelahiran dan MyKad yang mengiktiraf kanak-kanak itu sebagai warganegara Malaysia dalam tempoh 30 hari.




