PH-Bersatu pilih jalan ‘senyap’ menjelang PRN Melaka

Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mengelakkan publisiti terbuka berhubung persefahaman politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Penganalisis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali berkata, langkah itu dipercayai bagi mengelakkan bantahan DAP yang menolak kerjasama dengan Bersatu.
Dalam PRN Melaka, PH akan bertanding di 24 kerusi manakala Bersatu di tujuh kerusi, dengan kedua-duanya bertembung di tiga kawasan.
Persefahaman itu turut dilihat sebagai strategi politik untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, penganalisis Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, bayangan kerjasama terbuka masih sukar kerana isu Langkah Sheraton pada 2020 terus membayangi hubungan kedua-dua parti.




