Malaysia

Rakyat teruja tunggu pengumuman penghargaan luar biasa Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut namun poster yang bertulis ‘AKAN DATANG’ dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya itu pantas mendapat perhatian netizen.

Pada poster berkenaan, tertulis “Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku”.

Kenyataan itu mendapat hampir 9,000 komen dan lebih 22,000 tanda suka dari netizen yang teruja dan tertanya-tanya dengan pengumuman yang bakal dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker