Malaysia

Fadhlina jamin mana-mana SJKT tidak akan ditutup di bawah kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI memberi jaminan bahawa semua sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), akan kekal beroperasi dan tidak akan ditutup.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan kedudukan sekolah vernakular sudah dijamin melalui Akta Pendidikan 1996, sekali gus menolak dakwaan bahawa sekolah Tamil bakal ditutup.

“Dan sebab itu ramai kecoh, kadang-kadang kita dengar berita tidak tepat kononnya sekolah Tamil akan ditutup.

“Saya nak beri jaminan di hadapan Datuk Seri Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ramanan Ramakrishnan) dan semua yang hadir, Kerajaan MADANI tidak akan menutup mana-mana SJKT. Jangan percaya berita yang tidak sahih, semak dengan kami dahulu,” katanya.

Jaminan itu disampaikan sendiri oleh Fadhlina ketika melancarkan penyerahan peralatan ICT berupa Smart Board kepada SJKT di SJK (T) Vivekananda, Brickfields pada Selasa.

Program berkenaan melibatkan 400 unit Smart Board yang akan diagihkan ke 387 SJKT seluruh negara bermula 20 Disember hingga 10 Januari bagi memastikan sekolah dapat memanfaatkan teknologi tersebut sebelum sesi 2026 bermula.

Sebelum ini, KPM turut menegaskan bahawa sekolah kurang murid juga tidak akan ditutup walaupun berdepan cabaran enrolmen rendah, sekali lagi mengukuhkan komitmen kerajaan terhadap kelangsungan semua jenis sekolah di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker