Malaysia

Langgar enam kereta di KTM Ipoh, pemandu van didenda RM8,000

Pemandu van yang menyebabkan kerosakan enam kenderaan di kawasan letak kenderaan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) Ipoh, Ahad lalu dikenakan denda RM8,000.

Majistret Anis Hanini Abdullah membuat keputusan itu di Mahkamah Majistret Ipoh selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Anis Hanini turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika tidak membayar denda. Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Vikneshwaran Ramasamy, 42, memandu van jenis Toyota Hiace secara tidak cermat dan perhatian sepatutnya terhadap orang lain.

Kesalahan dilakukan di perkarangan Stesen KTM Ipoh, pada jam 2.54 pagi 5 Oktober lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker