Malaysia
Pindaan Akta Rukun Tetangga berkuat kuasa hari ini – Aaron

Akta Rukun Tetangga 1975 (Pindaan) 2025 mula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah memperkukuh peranan komuniti melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, memaklumkan pindaan itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025 dan Dewan Negara pada 17 Disember 2025.
Antara fokus utama ialah pemanjangan tempoh pelantikan jawatankuasa KRT bagi memastikan kesinambungan kepimpinan, selain penambahbaikan peruntukan sedia ada agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan cabaran sosial di peringkat komuniti.




