Malaysia

RM60,000 lesap ketika penerbangan KL – Penang

Seorang lelaki berusia 54 tahun mendakwa wang tunai RM60,000 miliknya hilang dari beg galas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang.

Mangsa menyedari kehilangan itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Khamis, 24 September, sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, mangsa mengesyaki seorang lelaki warga asing yang menaiki penerbangan sama terbabit dalam kejadian itu.

Polis kini meneliti senarai penumpang dan rakaman CCTV bagi mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Polis turut menasihatkan penumpang supaya sentiasa mengawasi barang berharga, terutama wang tunai, ketika menggunakan pengangkutan awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker