Malaysia

Sarjan tentera direman, disyaki cabul kanak-kanak 5 tahun

PETALING JAYA: Seorang sarjan tentera direman lima hari bermula hari ini sehingga 29 Julai bagi membantu siasatan kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Alor Gajah, Melaka.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Teoh Shu Yee bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber berkata suspek ditahan semalam selepas mangsa mendedahkan kejadian kepada ibunya pada 9 Julai lalu.

“Mangsa mendakwa dicabul pada satu petang dalam bulan Januari ketika pulang dari tadika di kawasan kejiranan mereka.

“Suspek, yang dikenali oleh ibu bapa mangsa, dipercayai membawa mangsa menaiki kereta dan berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan,” kata sumber itu.

Tambahnya lagi, kejadian itu bukan kali pertama dan suspek dikatakan sering memujuk mangsa menaiki kereta dengan memberi ais krim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker