Malaysia
Selangor laksana 360 projek tebatan banjir, RM4.35 bilion diperuntukkan

Kerajaan Selangor mempergiat usaha menangani banjir menerusi 105 projek jangka panjang bernilai RM4.28 bilion dan 255 projek segera bernilai hampir RM70 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kira-kira 70 peratus projek segera di kawasan berisiko banjir kilat sudah siap, manakala selebihnya dijangka selesai hujung tahun ini.
Hujan lebat semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk Puncak Alam, UiTM, Alam Suria, Saujana Utama dan Sungai Buloh dilanda banjir. Setakat 11.30 malam, sembilan PPS dibuka bagi menempatkan 1,120 mangsa daripada 284 keluarga.
Selangor dan Kuala Lumpur turut merancang langkah bersama, termasuk menilai kapasiti Empangan Batu dan Klang Gates serta mengenal pasti lokasi baharu untuk kolam takungan air.



