Uncategorized

Berteduh bawah jejambat berakhir tragedi, penunggang motosikal maut digilis treler

Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera parah selepas digilis sebuah treler ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat Kilometer 96.2 Lebuhraya Utara-Selatan, tengah malam tadi.

Mangsa, Mohd Khairul A’zami Mohd Nazeri, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya, Muhammad Adib Zamri, 23, mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa bergesel ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain sebelum terlanggar treler.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat, manakala rakannya menerima rawatan di hospital sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker