Malaysia

Suami isteri maut dirempuh Mercedes ketika berdiri di lorong kanan Lebuhraya Persekutuan

Dua individu maut selepas diremppuh sebuah Mercedes ketika berdiri di luar kenderaan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kira-kira 4.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, memaklumkan kejadian bermula apabila Honda HR-V dipandu lelaki berusia 50-an melanggar belakang Proton Suprima di lorong kanan.

Pemandu dan penumpang HR-V serta pemandu Suprima keluar dari kenderaan sebelum sebuah Mercedes dipandu lelaki 31 tahun gagal mengelak lalu merempuh mereka.

Pemandu dan penumpang HR-V maut di tempat kejadian akibat kecederaan kepala dan badan, manakala pemandu Suprima serta Mercedes cedera parah dan dirawat di Hospital Shah Alam.

Polis mengesahkan mangsa bukan pasangan suami isteri, sebaliknya rakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai dinasihatkan tidak berada di lorong laju serta mencari tempat selamat jika berlaku kemalangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker