Hiburan
Ameera Khan diboikot, sibuk promosi jenama Dior ketika Israel dikecam dunia

Pempengaruh media sosial Ameera Khan berdepan kecaman hebat selepas terus mempromosikan produk yang dikaitkan dengan Israel.
Tindakannya mencetuskan kemarahan warganet ketika tumpuan rakyat tertumpu kepada isu Palestin dan misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Ia sehingga mendorong ramai menyahikut akaun media sosialnya dan melancarkan seruan boikot.
Netizen menilai perbuatannya sebagai tidak sensitif dan bertentangan dengan sentimen solidariti terhadap Palestin.
Ameera, 25, turut dikritik kerana tidak menunjukkan keprihatinan terhadap nasib aktivis GSF dan lebih aktif mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan kepentingan Israel.




